Lawatan Kerja ke Jakarta Sempena Program Promosi Pelancongan Negeri Kelantan 2026
Pada 12 hingga 15 Mei 2026, saya telah berkesempatan menyertai lawatan kerja ke Jakarta sempena Program Promosi Pelancongan Negeri Kelantan ke Indonesia bagi memperkukuhkan hubungan strategik serta memperkenalkan produk pelancongan Negeri Kelantan ke pasaran antarabangsa, khususnya Indonesia.
Lawatan ini diketuai oleh YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan dan turut disertai oleh YBM Tengku Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ EXCO Pelancongan, YB Timbalan EXCO Pelancongan, YBhg Dato’ Timbalan SUK Kelantan (Pembangunan), Pengarah UPEN, beberapa agensi kerajaan negeri serta pemain industri pelancongan yang terlibat secara langsung dalam sektor tourism.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai sesi promosi, libat urus serta pertemuan bersama pihak berkepentingan industri pelancongan diadakan bagi memperkenalkan keunikan budaya, warisan, makanan tradisional serta destinasi menarik yang terdapat di Negeri Kelantan. Program ini juga membuka ruang kerjasama baharu dalam usaha meningkatkan kemasukan pelancong dari Indonesia ke Kelantan.
Selain memperkukuhkan jaringan hubungan dua hala, lawatan ini turut menjadi platform penting dalam memperkenalkan potensi ekonomi pelancongan negeri serta memperluaskan peluang pelaburan dan kerjasama strategik pada masa hadapan.
Semoga usaha berterusan ini mampu memacu perkembangan industri pelancongan Negeri Kelantan dan menjadikan Kelantan sebagai antara destinasi pilihan pelancong serantau.
Di Sarinah Mall Jakarta









No comments:
Post a Comment