Sunday, January 3, 2021

Gua Tempurung

 LAWATAN KE GUA TEMPURUNG 21 Ogos 2020 


Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.


Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.



















 Info Menarik di Gua Tempurung

Dry Tour 1: Golden Flowstone

Lawatan ini akan bawa anda kira-kira 20 minit untuk sampai ke platform 3 yang dikenali sebagai Golden Flowstone. Anda akan melihat batu kapur yang bewarna emas di platform ini. Jumlah tempoh lawatan ini akan mengambil masa kira-kira 40 minit.

Dry Tour 2: Top of The World

Pakej pelancongan ini memerlukan sekurang-kurangnya 5 orang dewasa yang membawa anda 50 minit untuk sampai ke platform 5 yang dikenali sebagai Top of The World. Ia diberi nama tersebut kerana lokasi ini adalah yang tertinggi di seluruh gua. Jumlah tempoh lawatan ini adalah 1 jam dan 45 minit.

Wet Tour 3: Top Of The World and Short River Adventure

Pakej pelancongan ini memerlukan sekurang-kurangnya 8 orang dewasa jarak perjalanan sekitar 2.4km. Anda akan melalui Golden Flowstone dan Top Of The World. Seterusnya, akan dibawa ke pintu masuk dengan menggunakan sungai bawah tanah. Sudah pastinya anda akan basah apabila anda berjalan di sepanjang sungai yang sejuk dan jernih. Jumlah masa yang diperlukan untuk keseluruhan lawatan adalah 2 jam dan 30 minit.






Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.








Mengikut sejarah, Gua Tempurung yang terletak di bawah Gunung Tempurung dan Gunung Gajah ditemui pada 1887 dan Majlis Daerah Kampar kemudian membangunkan gua terbabit sebagai lokasi pelancongan di Perak.







Selain pembentukan stalagtit dan staglamit, banyak lagi ciri-ciri menarik yang terdapat di dalam Gua Tempurung ini. Terdapat pelbagai gambar-gambar di dinding gua yang menyerupai haiwan seperti anjing, gajah dan juga wajah perempuan. Semua ini terjadi disebabkan hakisan air tehadap dinding gua,

Pada platform dua, ada lokasi di mana jeritan dan bunyi yang akan bergema dan boleh didengari di platform empat yang berada ratusan meter jaraknya. Tiba di platform tiga pula, anda boleh melihat formasi batuan yang diberi nama ‘golden flowstones’.








Pada platform empat yang diberi nama ‘wind tunnel’ atau terowong angin, anda akan dapat menikmati tiupan dingin. Hanya di platform ini sahaja yang anda akan merasai tiupan angin di dalam gua ini.






Hariraya Aidui fitri

COURTESY VISIT/ CALL KEPADA Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar

  KUALA LUMPUR, 8 April 2025 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, hari ini menerima kunjungan hormat Da...