Wednesday, June 22, 2016

Ikan Siakap Goreng Lada Hitam



 


Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak masak secukupnya
  • 1 sudu besar lada hitam-kisar kasar
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1 tangkai cili hijau*(*potong serong)
  • Daun sup secukupnya-hiris halus
  • 1/2 btng lobak merah-potong ikut suka
  • 1 biji tomato- belah 4
  • 1 labu bawang besar-potong bulat
Bahan Hiris
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia-hiris btng mancis
Bahan Sos
  • 3 sudu besar kicap jalen manis
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1/2 cawan air+1 sudu kecil tepung jagung (bancuh bersama)
Cara Menyediakannya.
  1. Ikan di bersihkan, cuci dan toskan. Kelarkan permukaannya.
  2. Lumurkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam.
  3. Goreng sehingga masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
  4. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris sehingga sedikit layu. Masukkan bahan2 sos dan gaul rata.
  5. Masukkan lada hitam kasar, cili hijau, cili merah. Masukkan ikan yg di goreng tadi. Gaul rata.
  6. Masukkan bawang besar yg di potong bulat dan tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu. Perasakan, sekiranya dah ok...matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan.
  7. Taburkan dngn hirisan daun sup. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

No comments:

Hariraya Aidui fitri

COURTESY VISIT/ CALL KEPADA Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar

  KUALA LUMPUR, 8 April 2025 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, hari ini menerima kunjungan hormat Da...