Wednesday, June 22, 2016

Resepi Ikan Siakap Masak Hijau

Bahan-Bahan:
2 ekor Ikan Siakap
2 ulas bawang putih*
3 biji bawang merah*
1/2 inci halia*
4 batang cili merah*
4 batang cili padi merah*
sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
1 tangkai daun kari
3 batang cili hijau – di potong serong
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & sedikit gula
1 cawan air atau lebih.
2 biji limau kasturi – ambil jusnya

Cara Memasak:
1. Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
2. Kisar atau tumbuk bahan-bahan yang bertanda *.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
4. Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
5. Masukkan ikan yang telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
6. Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan.
ikan-siakap-masak-hijau

No comments:

Hariraya Aidui fitri

Hantar Haikal ke Kulim untuk intent di Sime Darby pads11hb 9 2025

  Hantar Haikal ke Kulim untuk intent di Sime Darby pada11hb 9 2025 Perjalanan ke Kulim: Ziarah, Sejarah & Santapan Pada 11 September 20...