Kembara Umrah bersama Kembara Umrah Travel pada 6hb-16hb Dis 2021
Kos untuk seorang : RM8390(tampa lunch & Dinner) + Business Class RM1500 + Taif RM200
Penginapan: Mekah =MovenPick
Madinah= Leader Muna Karim
****************************************************************
TAKLIMAT oleh Ust Afendi mengenai SOP Umrah Musim Covid pada 3hb
Gua Thur
Di riwayatkan daripada Muhammad ibn Ka’b al Qurazi, katanya :
Apabila Rasulullah s.a.w tiba ke Taif, baginda terus mendapatkan beberapa orang bangsawan dan pembesar Thaqif. Mereka ialah tiga orang yang bersaudara, Yalayl ibn Amru ibnu Umayr, Mas’ud ibn ‘amr , Ibn Umayr dan Habib ibn ‘Amr ibn Umyr. Pada salah seorang daripada mereka terdapat seorang perempuan Quraisy dari Bani Jumah.
Lalu Rasulullah s.a.w duduk menemui mereka dan menyeru mereka kepada agama Allah serta menceritakan bahawa tujuan kedatangannya adalah untuk meminta sokongan mereka terhadap agama Islam dan supaya mereka sanggup berjuang bersama baginda untuk melawan kaum yang menentang baginda.
Salah seorang daripada mereka berkata,
“Aku akan koyakkan kain Kaabah jika Allah mengutuskan kamu sebagai rasul.”
dan seorang lagi berkata,
“Adakah Allah tidak mendapat seorang yang lain daripada engkau untuk diangkat menjadi rasul?”
Kemudian orang yang ketiga pula berkata,
“Demi Allah aku tidak akan bercakap dengan engkau. Jika benar engkau ini utusan Allah, tentulah kedudukan engkau lebih tinggi untuk aku menjawab percakapan engkau dan jika engkau berdusta terhadap Allah, sudah tentu tidak patut bagiku bercakap dengan engkau.”
Rasulullah s.a.w pun bangkit hendak meninggalkan mereka dan baginda tidak menaruh apa-apa harapan lagi untuk mendapatkan pertolongan daripada suku Thaqif, kemudian baginda bersabda kepada mereka,
“Apa-apa yang telah kamu lakukan itu aku harap kamu rahsiakannya sahaja.”
Rasulullah s.a.w tidak suka berita itu sampai kepada kaumnya supaya mereka tidak menghasut kaum Thaqif bertindak terhadap baginda.
MASJID ini didirikan pada 592 hijriah. Masjid ini telah mengalami perkembangan dalam masa yang berbeda. Awalnya, masjid ini dibangun kembali dan diperluas selama era Kerajaan Arab Saudi oleh Raja Saud. Kemudian, pada masa Raja Faisal bin Abdul Aziz, masjid diperluas menjadi 15.000 meter persegi.sekarang, masjid ini menampung sekitar 3.000 jamaah
Rasulullah Berlindung Di Kebun Anggur.
Permintaan Rasulullah agar merahsiakan tidak diendahkan oleh kaum Thaqif malah mereka terus menghasut orang jahil dan hamba sahaya mereka memaki hamun Rasulullah s.a.w dan menyorok-nyorokkannya hingga orang ramai datang mengerumuninya dan mendorong baginda masuk berlindung di dalam sebuah kebun yang dimiliki oleh Utbah ibn Rabi’ah dan Syaybah ibn Rabi’ah. Ketiaka itu, kedua duanya ada di dalam kebun itu. Lalu kumpulan Thaqif yang jahil yang sedang mengekori baginda itu pun balik meninggalkannya.
Kemudian Rasulullah s.a.w pergi berteduh di bawah bayang serumpun dahan anggur dan duduk di sana, sedangkan Utbah dan Syaybah memerhatikannya dan melihat bagaimana baginda dihina oleh orang jahil daripada penduduk Taif itu.
Apabila Rasulullah s.a.w berasa tenteram dia pun berdoa.
Ya Tuhanku! Aku merayu padamu betapa lemahnya kekuatanku,
betapa sedikitnya keupayaanku,
betapa hinanya aku di sisi manusia.
Wahai Tuhan Yang Paling Pengasih daripada semua yang pengasih,
Engkaulah Tuhan orang yang lemah dan Engkaulah tuhanku.
Kepada siapakah engkau serahkanku?
Adakah kepada orang jauh yang menyambutku dengan muka yang masam?
Atau kepada musuh yang mengalahkanku?
Andainya tiada apa-apa kemarahanmu terhadapku,
maka tiadalah apa-apa yang menyusahkanku,
tetapi perlindunganmu kepada itulah yang lebih selesa kepadaku.
Aku berlindung dengan wajah Mu yang menerangi segala kegelapan dan memperbaiki urusan dunia dan akhirat daripada diturunkan kemurkaanMu atau ditimpa kemarahanMu ke atasku.
Kepadamulah taubat daripada dosa dan kejahatan hingga engkau redha dan tiada daya upaya melainkan pertolonganMu.
Apabila Utbah dan Syaibah Ibn Rabiah melihat Rasulullah s.a.w dan penderitaannya, maka tergeraklah rasa belas kasihan di hati mereka terhadap baginda lalu kedua – duanya memanggil hamba mereka yang beragama Kristian bernama Addas dan berkata kepadanya,
“Ambillah setangkai buang anggur ini dan letakkannya ke dalam pinggan ini kemudian bawakannya kepada lelaki itu dan suruhlah dia makan.”
Lalu Addas pun berbuat demikian dan meletakkannya di hadapan Rasulullah s.a.w sambil berkata,
“Silalah makan.”
Apabila Rasulullah s.a.w meletakkan tangannya pada buah itu baginda pun membaca Bismillah… kemudian barulah baginda makan.
Addas merenungi wajah baginda lalu berkata,
“Demi Allah perkataan ini tidak pernah dikatakan oleh penduduk negeri ini.”
Lalu Rasulullah s.a.w berkata,
“Engkau dari penduduk mana wahai Addas? Dan apa agamamu?”
Jawab Addas.
“Saya beragama Kristian dan saya dari negeri Nainawa.”
Rasulullah s.a.w berkata,
“Engkau dari negeri orang yang soleh Yunus Bin Matta itu?”
Kata Addas,
“Tahukah engkau siapakah Yunus Bin Matta itu?”
Jawab Rasulullah s.a.w,
“Dia itu saudaraku. Dia seorang Nabi dan akupun seorang nabi.”
Lantas apabila mendengar perkara itu, Addas pun terus menerkam Rasulullah s.a.w mencium kepalanya, tangannya dan kakinya.
Perbuatannya itu diperhatikan salah seorang anak Rabi’ah itu berkata kepada saudaranya,
“Hamba awak itu telah dirosakkan oleh orang itu (Rasulullah).”
Ketika Addas pulang mendapatkan mereka, mereka pun berkata,
“Celaka engakau wahai Addas, mengapa engkau kucup kepala dan kaki tangan orang itu?.
Jawab Addas,
“Tuan Hamba! Tiada seorang pun di bumi ini yang lebih baik daripada orang itu. Dia telah menerangkan kepada hamba satu perkara yang tidak dapat diketahui melainkan oleh seorang nabi.”
Diriwayatkan, ketika di dalam perjalanan pulang daripada Taif, baginda s.a.w singgah di Nakhlah dan disitulah kaum jin daripada penduduk kampung Nasibin mendengar bacaan al Quran oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana diwahyukan kepada Rasulullah di dalam surah Al Jinn.
Dikatakan batu-batu di atas bukit ini cuba ditolak oleh orang Bani Thaqif untuk ditimpakan ke atas Nabi SAW tapi telah ditahan oleh malaikat.
Lalu mereka telah mengumpul dan mengerah seluruh hamba abdi dan orang-orang bodoh mengerumuni Nabi dan mengarahkan mereka membaling Rasulullah S.A.W dengan batu dan memaki hamun di kiri kanan jalan dilalui Baginda.
Mereka merejam urat keting (betis) Nabi sehingga kedua kasutnya dibasahi darah. Zaid Bin Harithah cuba melindungi Nabi tetapi kepalanya juga berdarah terkena lontaran batu.
صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ، إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ، وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ
Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain”. [Riwayat Ahmad (15271)]
Ringkasnya sebilangan ulama' seperti Syeikh Al-Imam Ibnu Hajar Al-Haithami (Ketika itu sebagai Mufti Makkah) dan Mantan Mufti Saudi iaitu Ibn Baz telah mengatakan "Bukan sekadar ibadah solat sahaja dikira dengan nilai 100,000 kali ganda apabila dilaksanakan di Makkah (Bukan sekadar di Masjidil Haram), bahkan ibadah-ibadah lainnya juga ada dinilai sama dan mulia dilaksanakan di sana"
Perang Uhud berlaku pada hari sabtu 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ke-3 Hijrah(26 Mac 625M) antara tentera islam dengan tentera kafir quraisy. Perang Uhud adalah peperangan orang quraisy membalas dendam atas kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud
Bilangan tentera islam yang terbunuh dalam peperangan ini kira-kira 70 orang, manakala tentera Quraisy yang terbunuh 23 orang. Berikut ini adalah para-para syuhada yang gugur syahid di medan Perang Uhud
Tak jauh dari lokasi perang Uhud, terdapat goa di atas Jabal Uhud. Goa itu dikenal sebagai Goa Uhud, goa tempat Nabi Muhammad SAW dirawat semasa perang Uhud.
Goa tersebut terletak di ketinggian sekitar 30 meter dari kaki Jabal Uhud. Dari lokasi perang Uhud jaraknya tak sampai 500 meter.
Mulut goa ini sekarang sudah ditutup dengan tembok setinggi dua meter. Di atas tembok masih menganga lubang goa dengan diameter berukuran sekitar 50 cm. Di dalam goa sudah ditimbun banyak kotoran kambing, namun dalam goa yang kira-kira berkedalaman dua meter tetap wangi.
Masjid Al-Mustarah, adalah sebuah masjid yang terletak di Madinah, Arab Saudi. Ia terletak di jalan Sayyid asy-Syuhada'. Penamaan itu berasal dari kisah nabi Islam Muhammad yang pernah berehat di tempat ini, ketika dalam perjalanan pulang dari Perang Uhud. Perkataan "Mustarah" bermaksud tempat untuk berehat.
Masjid al-Shaikhain (Bahasa Arab: مسجد الشيخين)
Masjid al-Shaikhain (Bahasa Arab: مسجد الشيخين) menandakan tempat Nabi (ﷺ) bersolat pada malam sebelum Perang Uhud. Ini berlaku pada 14 Sya'ban 3 Hijrah (625 M). Persediaan untuk pertempuran dibuat di sini
Rumah peninggalan Fatimah tersebut berada di Madinah, di kawasan kampung Ambariyah. Namun, rumah Fatimah ini jarang sekali didatangi para jemaah haji dan umrah untuk melakukan ziarah.
Hingga akhinya, keduanya tiba di rumah Fatimah. Tampak bangunan rumah yang cukup besar terbuat dari susunan batu dan tanah liat masih berdiri kokoh.
Di rumah tersebut juga terdapat sebuah sumur yang bernama sumur Fatimah. Sayangnya, sekitar rumah dan sumur itu dipagar rapat oleh pemerintah Arab lantaran termasuk kawasan bersejarah.
Suatu ketika Rasulullah SAW pernah bersabda seperti diriwayatkan Ibnu Majah bahwa jika beliau meninggal minta agar dimandikan dengan tujuh geriba dari air sumur beliau, sumur Ghars.
Dan pesan tersebut dipenuhi sahabat saat Baginda Rasulullah SAW wafat lantas dimandikan dengan air dari sumur Ghars. Nabi Muhammad SAW sendiri wafat pada tahun 11 hijriah. Meski pemakamannya di rumah Siti Aisyah yang kini menjadi Masjid Nabawi, namun air yang digunakan mengambil dari Sumur Ghars sesuai wasiat beliau.
Karena itulah, sejumlah jemaah haji maupun umrah seringkali menyempatkan diri mampir ke sumur tersebut. Meski jumlahnya tidak banyak, namun menilik sejarahnya tentu ada sesuatu yang besar sehingga Rasulullah SAW secara khusus meminta jenazahnya dimandikan dengan air sumur tersebut.
No comments:
Post a Comment