Monday, March 9, 2026

Solat Teraweh Putrajaya

    


Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih di Surau Nur, Presint 10, Putrajaya. Suasana ibadah pada malam Ramadan di sini sangat tenang dan memberi ruang untuk seketika memperlahankan langkah daripada kesibukan tugasan harian.


Esok pagi jadual bermula awal dengan mesyuarat bersama KSU KPKT (Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan) bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan hal ehwal pentadbiran dan pembangunan.


Sebelah petang pula saya akan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Bil. 1/2026, yang akan dipengerusikan bersama YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi. Mesyuarat ini penting bagi menyelaras usaha kerajaan dalam memastikan agenda Sustainable Development Goals (SDG) terus dilaksanakan secara bersepadu demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang mampan.


Semoga segala urusan dipermudahkan dan memberi manfaat kepada masyarakat.








No comments:

Hariraya Aidui fitri

BBQ Rumah Arwah IBU

Malam Barbeku Keluarga Sempena 5 Syawal 1447H Tarikh: 26 Mac 2026 (Rabu) Bersamaan: 5 Syawal 1447H Pada malam yang penuh bermakna ini, kam...