Monday, December 30, 2024

 

10 resolusi konvensyen Ahli Sunah Waljamaah Kebangsaan

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), melalui Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) menganjurkan program mega iaitu Karnival Usuluddin Kebangsaan 2024 pada 9 hingga 14 Disember lalu di UniSZA, Kampus Gong Badak, Terengganu.

Antara objektif Karnival Usuluddin Kebangsaan 2024 bertujuan memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan, memperkukuhkan pegangan Ahli Sunah Waljamaah (ASWJ) sebagai mazhab rasmi dan terbesar di Malaysia sehingga kini, melahirkan mahasiswa yang berkarisma serta peduli terhadap kedaulatan agama dan negara sebagai pelapis kepemimpinan masa hadapan dan lain-lain.

-Advertisement-

Secara keseluruhannya, penganjuran Karnival Usuluddin Kebangsaan 2024 merangkumi lapan program berikut iaitu Persidangan Mahasiswa Usuluddin Kebangsaan 2024 (9 Disember), Konvensyen Ahli Sunnah wal Jamaah Kebangsaan 2024 (10-11 Disember), Pertandingan Membaca Kitab Turath Usuluddin (12 Disember), Forum Perdana Ehwal Islam - live TV1 (12 Disember), Subuh Macam Jumaat (13 Disember), Malam Tausiah dan Selawat Perdana (13 Disember), Daurah Perdana Kitab Turath Usuluddin (14 Disember) dan pameran serta jualan (9-14 Disember).

Semua program ini dianjurkan dengan kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Mufti Negeri Terengganu (JMNT), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Yayasan Perkasa Siswa (KPT), Dana Asy-Syakirin (Petronas), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Majlis Belia Terengganu, TDM Berhad dan Pusat Islam UniSZA.

Terdapat resolusi penting yang dibentuk dalam satu daripada lapan program itu iaitu menerusi Program Konvensyen Ahli Sunah Waljamaah Kebangsaan 2024. Program ini anjuran bersama antara UniSZA dengan Jabatan Mufti Negeri Terengganu, di samping Jakim, Yadim, Maidam dan Yayasan Pendidikan Maidam.

Resolusi yang dipersetujui seperti berikut:

1. Menerima pakai takrif Ahli Sunah Waljamaah yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) iaitu: Golongan yang berpegang dengan al-Quran dan al-Sunah; daripada segi akidah hendaklah berdasarkan pegangan yang bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah, daripada segi syariah mengikut mazhab Syafii atau keadaan tertentu mengikut mana-mana satu mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali atau melalui ijtihad hukum yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa dan daripada segi tasawuf mengikut pegangan yang dibawa oleh Imam Junaid al-Baghdadi serta Imam al-Ghazali.

2. Dalam konteks di Negeri Terengganu sebagaimana fatwa yang diwartakan, umat Islam hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan ASWJ yang diamalkan sejak dahulu hingga sekarang iaitu:

(a) Daripada segi akidah, ia hendaklah berpandukan kepada manhaj al-Asyairah dan al-Maturidiah.

(b) Daripada segi syariat, ia hendaklah berpandukan kepada mazhab Syafii. Mazhab muktabar yang lain boleh dirujuk dan digunakan oleh Waliyul Amri bagi menyelesaikan masalah tertentu.

(c) Daripada segi tasawuf, hendaklah berpegang dengan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

3. Umat Islam mesti mengambil perhatian terhadap Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-106 pada 2014 berkaitan Ancaman Aliran Bukan Ahli Sunah Waljamaah Terhadap Perpaduan Umat Islam di Malaysia. Muzakarah bersetuju memperakukan daripada segi perundangan ASWJ adalah mazhab rasmi Malaysia. Aliran Syiah serta Salafi-Wahabi pada masa kini sedang memberi ancaman serius kepada survival ASWJ. Kedua-dua aliran pemikiran ini boleh mendatangkan perbalahan dan perpecahan kepada masyarakat Islam di Malaysia.

4. Ajaran sesat pada masa kini bukan sahaja memberi ancaman kepada akidah umat Islam, malah ia juga mengancam keharmonian dan perpaduan masyarakat di Malaysia yang majoritinya berpegang dengan ASWJ. Kerjasama strategik antara Jakim, Main, Jain, PDRM, SKMM dan agensi lain perlu terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa. Bagi memperkukuhkan usaha ini, adalah menjadi keperluan untuk membangunkan sebuah pelan strategik pengukuhan ASWJ di Malaysia secara komprehensif.

5. Keperluan umat Islam di Malaysia pada masa kini untuk memberikan penekanan terhadap ancaman ekstremisme agama sama ada daripada aspek al-ifrat seperti Muslim Liberal dan ideologi moden yang lain mahupun daripada aspek al-tafrit seperti kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI), Daish/IS dan lain-lain. Kedua-dua ekstremisme ini mesti ditolak oleh seluruh umat Islam di Malaysia, selari dengan prinsip ASWJ yang bersifat wasatiyyah (seimbang/ sederhana).

6. Keperluan mengeluarkan fatwa terhadap semua bentuk ajaran sesat dalam kadar yang segera agar penularannya dapat dikawal lebih awal. Jabatan Mufti setiap negeri boleh membentuk panel penyelidik fatwa masing-masing dalam pelbagai bidang bagi membantu Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya sesuatu fatwa itu dapat dirumuskan secara lebih komprehensif dan mengambil masa tidak terlalu lama untuk difatwakan seterusnya diwartakan.

7. Kepentingan kembali kepada kitab turath ASWJ, pada masa yang sama melazimi kitab moden serta pemantauan komprehensif berkaitan silibus pengajian akidah di Malaysia. Ia perlu dilaksanakan di semua sekolah kerajaan dan persendirian dari sekolah rendah hingga institusi pengajian tinggi, kelas dalam talian mahupun bersemuka, ceramah di masjid, surau mahupun anjuran NGO, parti politik dan seumpamanya.

8. Keperluan membuat penyelidikan strategik berkaitan ASWJ seperti kajian berkaitan penerbitan berunsur Islam yang beberapa kali dicabar di Mahkamah Sivil. Penekanan terhadap penerbitan pada masa kini adalah menjurus kepada penerbitan dalam talian yang perlu kepada penyelidikan dan perbincangan lanjut supaya ia dapat dinyatakan secara jelas dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau dalam undang-undang syariah.

9. Menggubal Enakmen Tarekat Tasawuf di setiap negeri bagi menjaga keabsahan tarikat yang muktabar daripada pihak yang sering membidaahkan dan mensyirikkan pengamalnya dan pada masa yang sama dapat menghalang tarikat palsu yang bercanggah dengan ASWJ.

10. Di samping garis panduan pengamalan empat mazhab fiqah yang diputuskan oleh pihak MKI, keperluan juga untuk membina garis panduan dalam pengamalan akidah ASWJ daripada aspek tatacara rujukan muktabar dan seumpamanya. Ini penting bagi menyekat mana-mana pihak yang cuba mempergunakan nama ASWJ ini bagi menyebarkan fahaman bercanggah dengan hakikatnya yang sebenar.

Semoga resolusi ini mendapat perhatian sewajarnya daripada semua terutama pihak berwajib.

Penulis Prof Madya di Pusat Pengajian Usuluddin, FakultiPengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Disiarkan pada: Disember 30, 2024 @ 7:00am

Tuesday, October 1, 2024

Perayaan Ulang Tahun Hari KEPUTERAAN YANG KE 55

 SEKITAR PERAYAAN TUANKU SULTAN MUHAMMAD V YANG KE 55

Junjung Kasih Tuanku  atas Anugerah Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) pada 29hb Sep 2024(Ahad)










                             Bersama Dato' Perwira Raja Dato' Nik Safriman Penglola Istana





                Bersama Dato' Sri Amar D'Raja Dato' HJ Amar Speaker Dewan Undangan Negeri




 
                                     Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan





                 Bersama EXCO  Pertanian  Dato' Tuan Saripudin & Tuan Salmi PPD Pasir Puteh














































































Hariraya Aidui fitri

COURTESY VISIT/ CALL KEPADA Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar

  KUALA LUMPUR, 8 April 2025 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, hari ini menerima kunjungan hormat Da...