Tuesday, September 16, 2025

Hantar Haikal ke Kulim untuk intent di Sime Darby pads11hb 9 2025

 Hantar Haikal ke Kulim untuk intent di Sime Darby pada11hb 9 2025



Perjalanan ke Kulim: Ziarah, Sejarah & Santapan

Pada 11 September 2025, kami berangkat menghantar Haikal ke Kulim bagi urusan intent di Sime Darby. Walaupun tujuan utama adalah hal rasmi, kami jadikan perjalanan ini lebih bermakna dengan mengisi masa untuk ziarah, rekreasi, dan kulinari.

Ziarah ke Makam Tuan Guru Sheikh Ahmad Junaidin, Mahang

Sebelum sampai ke Kulim, kami singgah ke Mahang bagi menziarahi makam Tuan Guru Sheikh Ahmad Junaidin, seorang ulama yang disegani. Suasana kawasan makam sangat tenang, dipenuhi pohon hijau dan udara kampung yang nyaman. Ia memberikan ruang untuk berdoa, mengingati jasa ulama serta menginsafi perjalanan hidup.


Pagi Jumaat di Mahang & Kulim

Pagi Jumaat itu, selepas selesai menziarahi makam Tuan Guru Sheikh Ahmad Junaidin di Mahang, perjalanan kami diteruskan ke Kulim. Destinasi utama adalah untuk meninjau rumah sewa Haikal yang bakal didiaminya, serta melihat sendiri tempat kerjanya di Sime Darby.

Suasana Kulim yang sederhana tetapi rancak dengan pembangunan memberi gambaran awal tentang kehidupan harian Haikal di sini. Melihat rumah sewa dan persekitarannya sedikit sebanyak melegakan hati kami, kerana ia kelihatan sesuai dan selesa untuk permulaan kerjayanya.

Menyantap Nasi Kandar di Pulau Pinang

Selesai urusan di Kulim, kami teruskan perjalanan ke Pulau Pinang, syurga makanan yang tidak pernah mengecewakan. Pilihan utama pastinya nasi kandar. Lauk yang pelbagai dengan kuah banjir yang kaya rasa benar-benar mengubat rindu pada cita rasa asli Pulau Mutiara. Kami makan di kedai sebelak Line Clear





Melawat Pantai Batu Feringgi

Tidak lengkap rasanya ke Pulau Pinang tanpa menikmati keindahan alam. Kami ke Pantai Batu Feringgi, salah satu pantai terkenal dengan pasir putih dan pemandangan laut yang menenangkan. Angin sepoi-sepoi bahasa dan panorama matahari senja menambahkan lagi keindahan suasana.






Wednesday, September 10, 2025

Sambutan Hari Enovasi Peringkat Negeri Kelantan

 Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan 2025, yang berlangsung pada 9 September 2025 (Selasa) di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim (SUK Kelantan):




































LAPORAN MAJLIS PENYERAHAN LED

 LAPORAN MAJLIS PENYERAHAN LED

Dewan Tok Guru Bentara Setia, Kota Darul Naim
Tarikh: 07 September 2015 (Isnin)

Alhamdulillah, pada 07 September 2015 telah berlangsung Majlis Penyerahan LED di Dewan Tok Guru Bentara Setia, Kota Darul Naim dengan penuh meriah dan teratur.

Majlis ini disempurnakan dengan tujuan meningkatkan kemudahan teknologi di dewan berkenaan, sekali gus memberi manfaat kepada pelbagai program rasmi, majlis ilmu, aktiviti masyarakat serta acara-acara berskala besar yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan masyarakat setempat.

📺 Skrin LED baharu ini telah dipasang dengan kos melebihi RM500,000.00, hasil daripada peruntukan khas bagi mempertingkatkan infrastruktur prasarana demi keselesaan rakyat.

Dengan adanya kemudahan LED ini, Dewan Tok Guru Bentara Setia kini berada pada tahap yang lebih baik, moden dan berdaya guna, sejajar dengan hasrat untuk menjadikannya sebagai pusat pengajian, mesyuarat dan program kemasyarakatan yang lebih kondusif.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga sumbangan ini memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat.

#DewanTokGuru #KotaDarulNaim #PenyerahanLED #PrasaranaUntukRakyat











Friday, August 22, 2025

Ibn Atha'illah as-Sakandari..buku miftah alfalah wa misbah alarwah


Ibn Atha'illah as-Sakandari..buku  miftah alfalah wa misbah alarwah


 [19:24, 22/08/2025] abpattah: Dzikir yang sempurna adalah ketika seseorang fana dari dirinya sendiri dan dari keadaan fana itu sendiri. Oleh kerana itu, fana dari keadaan fana adalah puncak dari kefanaan. Fana adalah awal dari perjalanan, satu titik awal keberangkatan menuju Allah. Sementara hi-daya datang setelahnya. Yang aku maksudkan dengan hidayah adalah hidayah Allah, sebagaimana yang dikatakan oleh Nabi Ibrahim dalam Al-Quran,


Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ذَاهِبٌ Ø¥ِÙ„َÙ‰ رَبِّÙŠ سَÙŠَÙ‡ْدِينِ


"Aku benar-benar pergi menghadap kepada Tuhanku yang akan memberi petunjuk (hidayah) kepadaku." (QS. ash-Shaf-fât [37]: 99)

[19:24, 22/08/2025] abpattah: Dzikir yang sempurna bukan hanya sekadar menyebut lafaz di lidah, tetapi ia adalah keadaan hati yang tenggelam dalam mengingat Allah sehingga seseorang fana — yakni hilang kesedaran dari dirinya sendiri, dari keakuannya, dari sifat-sifat duniawi yang mengikat.


➡️ Fana dari diri sendiri bermaksud seseorang tidak lagi terikat dengan keinginan, hawa nafsu, atau kepentingan diri.

➡️ Fana dari keadaan fana itu sendiri adalah tahap yang lebih tinggi: iaitu tidak lagi menyedari bahawa dia sedang fana. Di sini, tiada lagi rasa "aku sedang berzikir", tiada lagi "aku yang mengingat Allah" — yang ada hanyalah kesedaran penuh bahawa semuanya milik Allah, dan hanya Allah yang wujud.


Inilah yang dimaksudkan dengan puncak kefanaan.


Namun, fana bukanlah tujuan akhir. Ia hanyalah permulaan perjalanan rohani menuju Allah. Selepas fana, seseorang akan dianugerahkan hidayah. Dan hidayah inilah yang menjadi cahaya yang membimbing seseorang untuk benar-benar dekat dengan Allah.


Perkara ini selari dengan firman Nabi Ibrahim ‘alaihissalam yang diabadikan dalam Al-Quran:


“Innii dzaahibun ilaa rabbii sayahdiin”

(Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, Dia pasti akan memberi petunjuk kepadaku).

QS. ash-Shaffat: 99)


Di antara adab berdzikir adalah mengenakan pakai-an yang halal, suci, dan wangi, serta menjaga kesucian perut dengan mengonsumsi makanan halal.

Kemudian adab yang harus diperhatikan di tengah berdzikir adalah menyertakan keikhlasan, meng-harumkan tempat dzikir dengan wewangian yang harum demi malaikat dan jin (muslim), duduk bersila menghadap ke arah kiblat jika sendirian, dan jika ia berada dalam kelompok jamaah, ia bisa mengambil duduk di mana saja. Hendaknya, salik juga meletakkan telapak tangan di atas paha, memejamkan mata, dan menghadap lurus ke depan

Para ulama mengatakan, jika seseorang berada di bawah bimbingan seorang syekh, ia harus mem-bayangkannya di depan dirinya sendiri, karena syekh adalah pendamping dan penunjuk jalan di sepanjang suluknya. Pada awal dzikir, seorang pemula harus me-minta dengan hatinya untuk mendapatkan ilham dari syekhnya, dengan keyakinan bahwa meminta bantuan darinya adalah sama dengan meminta bantuan dari Nabi Muhammad saw. karena syekh adalah wakil Nabi.

[19:26, 22/08/2025] abpattah: Ibn Atha'illah as-Sakandari..buku  miftah alfalah wa misbah alarwah



Sunday, August 10, 2025

BUKU THINGKING ,FAST AND SLOW- DANIEL KAHNEMEN

                          BUKU THINGKING  ,FAST AND SLOW- DANIEL KAHNEMEN


Participants in one of the numerous experiments that were prompted by the litigation following the disastrous Exxon Valdez oil spill were asked their willingness to pay for nets to cover oil ponds in which migratory birds often drown. Different groups of participants stated their willingness to pay to save 2,000, 20,000, or 200,000 birds. If saving birds is an economic good it should be a sum-like variable: saving 200,000 birds should be worth much more than saving 2,000 birds. In fact, the average contributions of the three groups were $80, $78, and $88 respectively. The number of birds made very little difference. What the participants reacted to, in all three groups, was a prototype-the awful image of a helpless bird drowning, its feathers soaked in thick oil. The almost complete neglect of quantity in such emotional con-texts has been confirmed many times.-Halaman 93

TERJEMAHAN

Para peserta dalam salah satu daripada banyak eksperimen yang dijalankan berikutan tindakan undang-undang selepas tumpahan minyak Exxon Valdez yang membawa bencana telah ditanya tentang kesanggupan mereka membayar untuk jaring yang menutup kolam minyak, di mana burung berhijrah sering mati lemas. Kumpulan peserta yang berbeza menyatakan kesanggupan membayar untuk menyelamatkan 2,000, 20,000, atau 200,000 ekor burung.

Jika menyelamatkan burung dianggap sebagai suatu barangan ekonomi, ia sepatutnya menjadi pemboleh ubah yang bersifat jumlah: menyelamatkan 200,000 ekor burung seharusnya bernilai jauh lebih tinggi daripada menyelamatkan 2,000 ekor burung.

Namun, purata sumbangan ketiga-tiga kumpulan itu masing-masing adalah $80, $78, dan $88. Bilangan burung memberi perbezaan yang sangat kecil. Apa yang peserta beri reaksi, dalam ketiga-tiga kumpulan tersebut, adalah gambaran prototaip — imej mengerikan seekor burung yang tidak berdaya sedang lemas, bulunya dibasahi minyak tebal.

Pengabaian hampir sepenuhnya terhadap faktor kuantiti dalam konteks emosi sebegini telah dibuktikan berkali-kali.


The Mood Heuristic for Happiness


📌 Dalam buku itu, Kahneman jelaskan bahawa:


Otak manusia ada dua sistem berfikir:


System 1 → cepat, automatik, ikut emosi & intuisi.


System 2 → lambat, analitikal, berhati-hati.



Heuristik = jalan pintas mental yang System 1 selalu guna bila nak buat keputusan pantas.



➡️ Mood heuristic for happiness maksudnya:

Apabila orang ditanya “Adakah anda bahagia dengan hidup anda?”, mereka tidak akan buat analisis mendalam tentang hidup mereka.

Sebaliknya, mereka hanya rujuk mood mereka pada masa itu sebagai jawapan.


📖 Kahneman bagi contoh:

Kalau seseorang baru sahaja berjalan-jalan di hari yang cerah, bila ditanya “Adakah anda bahagia?” → dia mungkin jawab “Ya, saya bahagia.”

Tapi kalau hari hujan, mood turun, jawapan jadi negatif — walaupun kehidupan sebenar dia tak berubah.

👉 Inilah maksudnya: mood semasa menggantikan penilaian hidup sebenar → satu bentuk substitution heuristic

“The Affect Heuristic”

Affect heuristic berlaku bila orang membuat keputusan atau penilaian bukan berdasarkan analisis mendalam, tetapi berdasarkan emosi / perasaan segera mereka.


Jika sesuatu benda membuat kita rasa positif, kita cenderung anggap ia kurang berisiko dan lebih bermanfaat.


Jika sesuatu membuat kita rasa negatif, kita anggap ia berbahaya dan tak ada manfaat, walaupun fakta sebenar mungkin berbeza.


Thursday, July 17, 2025

KUNJUNGAN HORMAT YB TENGKU KAYA PERKASA KEPADA TAN SRI KPPA DI PUTRAJAYA

 










KUNJUNGAN HORMAT YB TENGKU KAYA PERKASA KEPADA TAN SRI KPPA DI PUTRAJAYA


PUTRAJAYA, 16 Julai 2025 – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh YB Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, ke atas YABhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abd Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (KPPA), di pejabat beliau di Putrajaya hari ini.


Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta membincangkan beberapa perkara berkaitan tadbir urus perkhidmatan awam, penempatan pegawai persekutuan di negeri Kelantan dan kerjasama dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.


Dalam pertemuan tersebut, YB Tengku Kaya Perkasa turut menyampaikan maklumat terkini berkenaan inisiatif dan pembangunan strategik Kerajaan Negeri Kelantan serta menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan JPA dalam memperkasa sektor perkhidmatan awam negeri.


Tan Sri KPPA pula menzahirkan komitmen pihak JPA untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri dalam memastikan kelancaran pentadbiran dan peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.


Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.



Wednesday, July 9, 2025

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan Tahun 2024 Pada 8hb Julai 2025 bertempat Di Dewan Teratai Kota Darul Naim



Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan Tahun 2024 Pada 8hb Julai 2025 bertempat Di Dewan Teratai Kota Darul Naim




 
Penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024

Saya amat berbesar hati dan bersyukur kerana telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan Tahun 2024, yang telah disampaikan pada 8 Julai 2025, bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim dan disempurnakan oeh YAB Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang sangat bermakna atas dedikasi, komitmen, dan tanggungjawab saya dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Ia juga menjadi inspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negeri tercinta.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan, terutamanya rakan sekerja dan pihak pengurusan yang banyak membantu sepanjang perjalanan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus maju dalam kerjaya dan menyumbang kepada pembangunan perkhidmatan awam yang lebih cemerlang.




Bersama dengan Sohibul Samahah Dato'Timb Mufti Kelantan dan YAbr Tuan Pengarah Jabaatan Agama Islam Kelantan


Bersama YB Dato' Kaya Purba Mufti Kelantan dan Dato' Dr Izani EXCO Kelantan















Wednesday, April 9, 2025

COURTESY VISIT/ CALL KEPADA Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar

 KUALA LUMPUR, 8 April 2025 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, hari ini menerima kunjungan hormat Dari pada Pejabat Istana Kelantan dan Pej SUK Kelantan




Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Psikologi Perkhidmatan Awam (JKJPPA) Bilangan 1 Tahun 2025 di Jabatan Perkhidmatan Awam.

 Hari ini 10HB 4 2025 telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Jawatankuasa Psikologi Perkhidmatan Awam (JKJPPA) Bilangan 1 Tahun 2025 di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). Kehadiran ahli tetap mesyuarat terdiri daripada semua Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri dan Timbalan Pengarah Jabatan tertentu.










Hariraya Aidui fitri

Hantar Haikal ke Kulim untuk intent di Sime Darby pads11hb 9 2025

  Hantar Haikal ke Kulim untuk intent di Sime Darby pada11hb 9 2025 Perjalanan ke Kulim: Ziarah, Sejarah & Santapan Pada 11 September 20...