Thursday, July 17, 2025

KUNJUNGAN HORMAT YB TENGKU KAYA PERKASA KEPADA TAN SRI KPPA DI PUTRAJAYA

 










KUNJUNGAN HORMAT YB TENGKU KAYA PERKASA KEPADA TAN SRI KPPA DI PUTRAJAYA


PUTRAJAYA, 16 Julai 2025 – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh YB Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, ke atas YABhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abd Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (KPPA), di pejabat beliau di Putrajaya hari ini.


Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta membincangkan beberapa perkara berkaitan tadbir urus perkhidmatan awam, penempatan pegawai persekutuan di negeri Kelantan dan kerjasama dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.


Dalam pertemuan tersebut, YB Tengku Kaya Perkasa turut menyampaikan maklumat terkini berkenaan inisiatif dan pembangunan strategik Kerajaan Negeri Kelantan serta menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan JPA dalam memperkasa sektor perkhidmatan awam negeri.


Tan Sri KPPA pula menzahirkan komitmen pihak JPA untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri dalam memastikan kelancaran pentadbiran dan peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.


Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.



Wednesday, July 9, 2025

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan Tahun 2024 Pada 8hb Julai 2025 bertempat Di Dewan Teratai Kota Darul Naim



Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan Tahun 2024 Pada 8hb Julai 2025 bertempat Di Dewan Teratai Kota Darul Naim




 
Penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024

Saya amat berbesar hati dan bersyukur kerana telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan Tahun 2024, yang telah disampaikan pada 8 Julai 2025, bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim dan disempurnakan oeh YAB Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang sangat bermakna atas dedikasi, komitmen, dan tanggungjawab saya dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Ia juga menjadi inspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negeri tercinta.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan, terutamanya rakan sekerja dan pihak pengurusan yang banyak membantu sepanjang perjalanan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus maju dalam kerjaya dan menyumbang kepada pembangunan perkhidmatan awam yang lebih cemerlang.




Bersama dengan Sohibul Samahah Dato'Timb Mufti Kelantan dan YAbr Tuan Pengarah Jabaatan Agama Islam Kelantan


Bersama YB Dato' Kaya Purba Mufti Kelantan dan Dato' Dr Izani EXCO Kelantan















Hariraya Aidui fitri

KUNJUNGAN HORMAT YB TENGKU KAYA PERKASA KEPADA TAN SRI KPPA DI PUTRAJAYA

  KUNJUNGAN HORMAT YB TENGKU KAYA PERKASA KEPADA TAN SRI KPPA DI PUTRAJAYA PUTRAJAYA, 16 Julai 2025 – Satu kunjungan hormat telah diad...