.jpeg)
Saya amat berbesar hati dan bersyukur kerana telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan Tahun 2024, yang telah disampaikan pada 8 Julai 2025, bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim dan disempurnakan oeh YAB Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan
Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang sangat bermakna atas dedikasi, komitmen, dan tanggungjawab saya dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Ia juga menjadi inspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negeri tercinta.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan, terutamanya rakan sekerja dan pihak pengurusan yang banyak membantu sepanjang perjalanan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus maju dalam kerjaya dan menyumbang kepada pembangunan perkhidmatan awam yang lebih cemerlang.
No comments:
Post a Comment