Thursday, July 24, 2014

BBQ Rusuk Kambing

Cimg0956


BBQ Rusuk Kambing

Boleh juga guna lamb chop... saya guna rusuk sbb lebih garing bila di BBQ. Perlu di perap lebih kurang 5 jam atau semalaman so utk last minit cooking tak digalakkan)



Bahan-bahan ( 6 org makan )

  • 5 kilo rusuk kambing ( 2 kilo kalau guna lamb chop)
  • 7 ulas bawang putih *
  • 3 cm halia *
  • 2 batang serai *
  • (Bahan-bahan yg bertanda * dikisar kering)
  • 3 sudu besar kicap
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar gula perang (brown sugar)
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Potong tulang rusuk (lebih bagus kalau masa beli terus suruh butcher potongkan), cuci bersih2 dan rebus dgn garam dlm 30 minit, angkat & toskan. (perlu direbus supaya daging tak liat & juga utk buang lemak yg berlebihan)
  2. Utk pastikan bahan2 rata di seluruh tulang rusuh, gunakan bekas tupperware yg besar & bertutup.
  3. Masukkan tulang rusuk & bahan yg diatas ke dlm tupperware, gaul serba sedikit dan tutup tupperware tu dan goncang-goncangkan tupperware tu utk pastikan bahan2 & tulang rusuk sebati
  4. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Minimum masa perapan adalah 5 jam. Kalau kurang dari tu takut bahan2 tak cukup serap.
  5. Boleh panggang diatas bara api yg sederhana. Tak perlu pangang lama2 sbb rusuk tu dah direbus terlebih dahulu...

No comments:

Hariraya Aidui fitri

KUNJUNGAN HORMAT YB TENGKU KAYA PERKASA KEPADA TAN SRI KPPA DI PUTRAJAYA

  KUNJUNGAN HORMAT YB TENGKU KAYA PERKASA KEPADA TAN SRI KPPA DI PUTRAJAYA PUTRAJAYA, 16 Julai 2025 – Satu kunjungan hormat telah diad...