Sunday, July 13, 2014

Salmon Cheese Fry

Img_2670


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 keping ikan Salmon
  • 4 keping cheese
  • 1/2 biji telur
  • 1/2 cawan bread crumb
  • 3 s/b tepung gandum
  • garam dan lada sulah
  • minyak untuk menggoreng
  • kobis yang dipotong halus memanjang
  • untuk sos
  • -----2 s/b tomato ketchup
  • -----1 s/b sos tiram
  • -----2 s/b air
  • -----1 s/b butter

Cara-cara

  1. Img_2656
    buang kulit dan bersihkan ikan salmon. potong dua 1 kepingan ikan menjadikan 4 bahagian semuanya. keringkan dengan paper towel.
  2. Img_2657
    diatas papan pemotong alas dengan cling film. letak potongan ikan kemudian alas lagi dengan cling flim.
  3. Img_2658
    pukul dengan rolling pin sehingga nipis dan berukuran besar sedikit dari kepingan cheese.
  4. Img_2659
    buka lapisan cling film atas dan tabur garam dan lada sulah. letak cheese.
  5. Img_2660
    lipat salmon menutupi keliling cheese. lipat dua cheese jadi separuh.
  6. Img_2661
    salutkan tepung gandum, telur yang dipukul sedikit dan akhir sekali bread crumb. ulang step 2-5 sampai habis semua ikan. goreng dengan minyak yang cukup melitupi separuh kepingan ikan+cheese tadi. bila agak kuning, balikkan. bila dah masak, angkat dan sejat minyak.
  7. untuk sos >>> panaskan butter dlm sos pan. masukkan tomato ketchup, sos tiram dan air. kacau dan tutup api. curah atas ikan dan bolehlah disantap bersama sauted shimeji. 

No comments:

Hariraya Aidui fitri

KUNJUNGAN HORMAT YB TENGKU KAYA PERKASA KEPADA TAN SRI KPPA DI PUTRAJAYA

  KUNJUNGAN HORMAT YB TENGKU KAYA PERKASA KEPADA TAN SRI KPPA DI PUTRAJAYA PUTRAJAYA, 16 Julai 2025 – Satu kunjungan hormat telah diad...